KISAH CINTA AIHAN


Kisah Cinta aihan

Sudah lama aku mencari keindahan alam yang telah diciptakan olehNya. Tatkala keindahan ini menjadikan aku berfikir sejenak tentang nilai sebuah kehidupan. Masih ku rasakan adakah ini merupakan khalayan atau imagenai serta ilustrasi minda ku yang sengaja digambarkan supaya aku dapat merasainya. Sudah menjadi suratan perasaan jika lama kita pendamkan ianya akan menjadi sebuah nukilan cinta yang sangat indah. Namun begitu, keindahan cinta yang kurasakan selama ini mungkin hanya sementara. Kerana baru ku sedar aku bukan la seorang yang sempurna yang mempunyai maksum yang hanya berbuat baik. Ku sedar kehidupan duniawi ini hanya sementara dan yang Kekal hanyalah padaMu Yang Esa.
Aku masih teringat kali pertama kita bertemu, mungkin ianya hanyalah seketika namun bagiku ianya merupakan saat yang paling indah buatku. Kata orang cinta akan bertemu melalui mata dan jatuh ke hati. Adakah ianya benar?? Renungan yang pertama telah dilontarkan olehnya kepada ku. Lantas aku menyapa dengan seukir senyuman yang kemudiaanya dibalas dengan pandangan yang manja. Nada kecilku menyatakan adakah ianya keindahan cinta?? Aku kembali terfikir sejenak tentang masa silam ku yang sememangnya penuh dengan pengalaman hidup. Bukan senang untuk menawan hati seseorang yang baru kita kenal kerana perasaan cinta bukannya oleh dipaksa dan terpaksa. Ianya adalah hasil daripada keserasian dan kesepakatan untuk hidup bersama.

Hanya pertemuan yang singkat telah mengubah memori hidupku yang selama ini hanya mementingkan kerjaya dan status. Aku faham hanya status akan menjadikan orang hormat kepada kita. Namun adakah ianya akan kekal selamanya?? Kita di dunia ini hanyalah sementara bukan untuk kita bermegah-megah dengan pangkat dan kuasa.
Sejak pertemuan yang pertama fikiranku asyik memikirkan dia. Hari demi hari hati ku terus mengingatinya dari semasa ke semasa. Lalu naluriku tertanya-tanya adakah ini dinamakan cinta ataupun hanya mainan mindaku yang selama ini ternyata inginkan belaian hidup.
Semakin lama semakin aku rindu kepada dia. Hari demi hari aku menghitung hari untuk menemuinya bagiku dia adalah seorang yang terlalu istimewa yang pernah ku kenal. Hingga kini aku berharap agar dia dapat menerimaku seadanya. “mungkinkah pertemuan ini telah ditenukan oleh Nya”. Aku menanti hari demi hari serta menghitung detik waktu itu yang nyata amat perlahan. Ku mengharapkan aku masih lagi menemui mu satu hari

THE STATE UNIVERSITY OF PAPUA

Tentang hoickon

Saya Belajar "MEMBACA, MENULIS, DAN MENGHITUNG". Jika saya sudah mengetahui semuanya, apa yang saya HARUS lakukan? Menulis adalah menuangkan pendapat penulis sesuai dengan apa yang dilihat, dimengerti dan didengar dalam bentuk tulisan. Tulisan itu merupakan karya terbesar bagi penulis itu sendiri. Jika dalam Web sinartumiahul ini anda menemukan sedikit goresanku tentang apapun yang saya tulis, semoga itu bermanfaat bagi pembaca. Nori ulug heiyahi wathinaptuk lahi. Wa...!
Pos ini dipublikasikan di Uncategorized. Tandai permalink.

Tinggalkan komentar